Rph Minggu 4

Rancangan Pengajaran Harian (Minggu keempat dari 19/1/2009-23/1/2009)

Hari/Tarikh:

Isnin (19/1/2009)

Subjek:

Bahasa Melayu (Komsas)

Tingkatan/Masa:

4K5 (masa 5&6)

Tajuk:

Pengenalan Istilah Aspek Sastera

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

  1. Menyatakan tiga sudut pandangan dalam sesebuah karya sastera
  2. Membezakan sudut pandangan orang ketiga serba tahu dengan sudut pandangan orang ketiga terbatas
  3. Memberikan dua contoh gaya bahasa

Aktiviti:

  1. Guru menyoal pelajar dan mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk pengajaran dan pembelajaran.
  2. Guru memberikan nota ringkas kepada pelajar tentang tiga sudut pandangan dan gaya bahasa dan meminta pelajar menyalin nota tersebut.
  3. Guru meminta pelajar membaca nota tersebut dengan bacaan senyap.
  4. Guru mengajukan beberapa soalan kepada pelajar dan pelajar diminta menjawab soalan tersebut berdasarkan pemahaman masing-masing.
  5. Guru memberikan penerangan lanjut tentang tajuk berkenaan dan meminta pelajar memberikan contoh-contoh gaya bahasa yang mereka ketahui selain gaya bahasa yang telah dinyatakan oleh guru.
  6. Guru membimbing pelajar untuk memberikan jawapan yang betul.

Bahan Bantu Mengajar:

  1. Pen marker ii. Papan tulis iii. Kapur

Rujukan Guru:

  1. Nexus Bahasa Malaysia SPM, Sasbadi.
  2. Focus Super Hot SPM Bahasa Malaysia, Pelangi.
  3. Modul Pengajaran dan Pembelajaran Komsas, DBP

Penerapan nilai:

Bertimbang rasa, hormat-menghormati

Kemahiran Bernilai Tambah:

Strategi Pengajaran & Pembelajaran: Koperatif dan Kolaboratif

Sistem Bahasa:

Kosa kata

Refleksi:

85% pelajar dapat membezakan sudut pandangan orang ketiga serba tahu dengan sudut pandangan orang ketiga terbatas. Pelajar tidak mempunyai masalah untuk memberikan dua contoh gaya bahasa. Namun, masih ada pelajar yang agak lemah untuk menguasai tajuk p&p pada hari ini.

 

 

 

 

Hari/Tarikh:

Isnin (19/1/2009)

Subjek:

Sejarah (Bab 1; Kemunculan Tamadun Awal Manusia)

Tingkatan/Masa:

4K3 (masa 8&9)

Tajuk:

Ciri-ciri Tamadun (sambungan minggu sebelumnya)

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

  1. Menyenaraikan 6 ciri tamadun awal manusia
  2. Menerangkan 3 tamadun awal manusia
  3. Menyatakan faktor yang menyebabkan petempatan kekal menjadi ciri penting dalam proses pembentukan tamadun

Aktiviti:

  1. Guru berbual dengan pelajar dan mengaitkan topik yang menjadi bahan perbualan dengan tajuk pengajaran dan pembelajaran.
  2. Guru meminta pelajar membaca tajuk ciri-ciri tamadun dengan bacaan senyap secara individu.
  3. Guru menyoal pelajar tentang beberapa ciri tersebut untuk mendapatkan gambaran awal. Pelajar menjawab soalan guru berdasarkan bacaan awal tadi dan juga pengetahuan sedia ada.
  4. Guru memberikan penerangan secara terperinci dengan menggunakan peta minda. Pelajar menumpukan perhatian terhadap penerangan guru.
  5. Guru mengadakan kuiz antara kumpulan sebagai aktiviti pengukuhan. Pelajar diminta membentuk empat kumpulan dan guru akan meminta wakil daripada setiap kumpulan untuk memilih soalan. Setiap jawapan yang betul akan diberikan 2 markah dan sekiranya gagal memberikan jawapan yang betul akan diberikan 0 markah. Langkah-langkah ini akan diulang oleh kumpulan yang lain mengikut giliran masing-masing. Guru memantau aktiviti pelajar.

Bahan Bantu Mengajar:

  1. Pen marker ii. Kertas putih iii. Kapur iv. Papan tulis

Rujukan Guru:

  1. Buku Teks Sejarah Tingkatan 4
  2. Ulangkaji Total Sejarah SPM Sasbadi

:Penerapan Unsur /Tingkah Laku Patriotisme:

Kepimpinan berwibawa- bersikap kepimpinan cemerlang

Kemahiran Bernilai Tambah:

Kemahiran Berfikir: Membuat perbandingan, menilai dan membuat keputusan

Strategi Pengajaran & Pembelajaran: Koperatif dan Kolaboratif

Istilah & Konsep:

Raja, Tamadun, Animisme, Politeisme, ritual

Refleksi:

85% pelajar dapat menyenaraikan keenam-enam ciri tamadun awal manusia dan dapat juga menerangkan 3 daripada 6 ciri tersebut dengan baik. Sebilangan kecil pelajar masih lemah kerana kurang menumpukan perhatian di dalam kelas.

 

 

 

Hari/Tarikh:

Selasa (20/1/2009)

Subjek:

Bahasa Melayu (Rumusan)

Tingkatan/Masa:

4K5 (masa 3&4)

Tajuk:

Rumusan (Strategi membina ayat dalam perenggan pengenalan dan perenggan penutup)

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

  1. Mengenal pasti fokus 1/tema utama dan fokus 2 dalam arahan soalan.
  2. Membina ayat dalam perenggan pengenalan
  3. Membina ayat dalam perenggan penutup

Aktiviti:

  1. Guru memulakan sesi p&p dengan perbualan tidak formal dengan para pelajar dan mengaitkan bahan bualan dengan tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.
  2. Guru mengedarkan bahan edaran (petikan rumusan) dan memberikan gambaran awal tentang rumusan secara umum. Kemudian, guru memberikan nota yang ringkas dan padat untuk pelajar dan meminta pelajar menyalinnya.
  3. Guru menerangkan strategi membina bahagian pengenalan secara terperinci. Pelajar menumpukan perhatian terhadap penerangan guru.
  4. Guru memberikan 2 contoh arahan soalan yang berbeza dan meminta pelajar cuba untuk membina bahagian pengenalan. Pelajar dibenarkan berbincang dengan rakan sebelah dan menulis jawapan di dalam buku masing-masing.
  5. Guru meminta wakil pelajar menulis jawapan yang telah dibincangkan tadi di papan tulis dan meminta pelajar-pelajar lain memberi respons masing-masing. Guru mengulas jawapan pelajar dan pelajar diminta untuk membuat pembetulan sekiranya ada kesilapan pada jawapan.
  6. Kemudian, guru menerangkan strategi membina bahagian penutup.
  7. Guru meminta pelajar cuba membina ayat dalam perenggan penutup secara individu. Pelajar menukar buku dengan rakan sebelah untuk tujuan penyemakan.
  8. Guru meminta seorang wakil untuk memberikan jawapan. Guru mengulas jawapan pelajar dan pelajar pula membetulkan jawapan rakan-rakan sekiranya ada kesilapan.

Bahan Bantu Mengajar:

  1. Pen marker ii. Papan tulis iii. Kapur iv. Bahan edaran (petikan )

Rujukan Guru:

  1. Nexus Bahasa Malaysia SPM, Sasbadi.
  2. Focus Super Hot SPM Bahasa Malaysia, Pelangi.

Penerapan nilai:

Bertimbang rasa, hormat-menghormati, berani mencuba

Kemahiran Bernilai Tambah:

Kemahiran Berfikir: Membuat perbandingan, menilai dan membuat keputusan

Strategi Pengajaran & Pembelajaran: Koperatif dan Kolaboratif

Sistem Bahasa:

Sintaksis (ayat penyata)

Refleksi:

80% pelajar dapat membina ayat dalam perenggan pengenalan dan perenggan penutup dengan baik dan segilintir pelajar masih berada pada tahap yang kurang memuaskan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hari/Tarikh:

Selasa (20/1/2009)

Subjek:

Sejarah (Bab 1; Kemunculan Tamadun Awal Manusia)

Tingkatan/Masa:

4K3 (masa 5&6)

Tajuk:

Proses Pembentukan Tamadun (Tamadun Mesopotamia)

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

  1. Menyatakan sebab tamadun awal bermula di lembah sungai
  2. Menyenaraikan ciri tamadun Mesopotamia
  3. Menghuraikan ciri-ciri tamadun Mesopotamia dengan ringkas
  4. Menerangkan sumbangan tamadun Mesopotamia

Aktiviti:

  1. Guru menyoal pelajar dengan spontan dan mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk pengajaran dan pembelajaran.
  2. Guru meminta pelajar membaca tajuk p&p pada hari ini dengan bacaan senyap secara individu.
  3. Guru menyoal pelajar tentang beberapa ciri tamadun Mesopotamia untuk mendapatkan gambaran awal. Pelajar menjawab soalan guru berdasarkan bacaan awal tadi .
  4. Guru memberikan penerangan secara terperinci dengan menggunakan peta minda. Pelajar menumpukan perhatian terhadap penerangan guru.
  5. Guru meminta pelajar menjawab 20 soalan struktur sebagai aktiviti pengukuhan.

Bahan Bantu Mengajar:

  1. Pen marker ii. Kertas putih iii. Kapur iv. Papan tulis

Rujukan Guru:

  1. Buku Teks Sejarah Tingkatan 4
  2. Ulangkaji Total Sejarah SPM Sasbadi

Penerapan Unsur /Tingkah Laku Patriotisme:

Masyarakat Berorganisasi-Bersatu dalam organisasi

Kemahiran Bernilai Tambah:

  1. Kemahiran Berfikir: Membuat perbandingan, menilai dan membuat keputusan
  2. Strategi Pengajaran & Pembelajaran: Koperatif dan Kolaboratif
  3. Kemahiran Cara Belajar: Mengumpul dan mencatat maklumat

Istilah & Konsep:

Negara kota, Teokrasi, Mutlak, Kod Undang-undang Hammurabi

Refleksi:

70% pelajar dapat menyenaraikan ciri tamadun Mesopotamia dan 85% pelajar dapat menerangkan sumbangan tamadun dengan baik. Sebilangan kecil pelajar masih lemah dan perlu berusaha dengan lebih gigih lagi.

 

 

 

 

 

Hari/Tarikh:

Selasa (20/1/2009)

Subjek:

Bahasa Melayu (Komsas)

Tingkatan/Masa:

4K4 (masa 9)

Tajuk:

Pengenalan Istilah Aspek Sastera

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

  1. Menyatakan tiga sudut pandangan dalam sesebuah karya sastera
  2. Membezakan sudut pandangan orang ketiga serba tahu dengan sudut pandangan orang ketiga terbatas
  3. Memberikan dua contoh gaya bahasa

Aktiviti:

  1. Guru menyoal pelajar dan mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk pengajaran dan pembelajaran.
  2. Guru memberikan nota ringkas kepada pelajar tentang tiga sudut pandangan dan gaya bahasa dan meminta pelajar menyalin nota tersebut.
  3. Guru meminta pelajar membaca nota tersebut dengan bacaan senyap.
  4. Guru mengajukan beberapa soalan kepada pelajar dan pelajar diminta menjawab soalan tersebut berdasarkan pemahaman masing-masing.
  5. Guru memberikan penerangan lanjut tentang tajuk berkenaan dan meminta pelajar memberikan contoh-contoh gaya bahasa yang mereka ketahui selain gaya bahasa yang telah dinyatakan oleh guru.
  6. Guru membimbing pelajar untuk memberikan jawapan yang betul.

Bahan Bantu Mengajar:

  1. Pen marker ii. Papan tulis iii. Kapur

Rujukan Guru:

  1. Nexus Bahasa Malaysia SPM, Sasbadi.
  2. Focus Super Hot SPM Bahasa Malaysia, Pelangi.
  3. Modul Pengajaran dan Pembelajaran Komsas, DBP

Penerapan nilai:

Bertimbang rasa, hormat-menghormati, berani

Kemahiran Bernilai Tambah:

Kemahiran Cara Belajar: Mencatat maklumat

Strategi Pengajaran & Pembelajaran: Koperatif dan Kolaboratif

Sistem Bahasa:

Kosa kata

Refleksi:

90% pelajar dapat membezakan sudut pandangan orang ketiga serba tahu dengan sudut pandangan orang ketiga terbatas. Pelajar juga dapat memberikan dua contoh gaya bahasa. 10% peratus pelajar masih lemah untuk menguasai tajuk p&p pada hari ini.

 

 

 

 

Hari/Tarikh:

Rabu (21/1/2009)

Subjek:

Bahasa Melayu (Rumusan)

Tingkatan/Masa:

4K4 (masa 3&4)

Tajuk:

Rumusan (Strategi membina ayat dalam perenggan pengenalan dan perenggan penutup)

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

  1. Mengenal pasti fokus 1/tema utama dan fokus 2 dalam arahan soalan.
  2. Membina ayat dalam perenggan pengenalan
  3. Membina ayat dalam perenggan penutup

Aktiviti:

  1. Guru memulakan sesi p&p dengan perbualan tidak formal dengan para pelajar dan mengaitkan bahan bualan dengan tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.
  2. Guru mengedarkan bahan edaran (petikan rumusan) dan memberikan gambaran awal tentang rumusan secara umum. Kemudian, guru memberikan nota yang ringkas dan padat untuk pelajar dan meminta pelajar menyalinnya.
  3. Guru menerangkan strategi membina bahagian pengenalan secara terperinci. Pelajar menumpukan perhatian terhadap penerangan guru.
  4. Guru memberikan 2 contoh arahan soalan yang berbeza dan meminta pelajar cuba untuk membina bahagian pengenalan. Pelajar dibenarkan berbincang dengan rakan sebelah dan menulis jawapan di dalam buku masing-masing.
  5. Guru meminta wakil pelajar menulis jawapan yang telah dibincangkan tadi di papan tulis dan meminta pelajar-pelajar lain memberi respons masing-masing. Guru mengulas jawapan pelajar dan pelajar diminta untuk membuat pembetulan sekiranya ada kesilapan pada jawapan.
  6. Kemudian, guru menerangkan strategi membina bahagian penutup.
  7. Guru meminta pelajar cuba membina ayat dalam perenggan penutup secara individu. Pelajar menukar buku dengan rakan sebelah untuk tujuan penyemakan.
  8. Guru meminta seorang wakil untuk memberikan jawapan. Guru mengulas jawapan pelajar dan pelajar pula membetulkan jawapan rakan-rakan sekiranya ada kesilapan.

Bahan Bantu Mengajar:

  1. Pen marker ii. Papan tulis iii. Kapur iv. Bahan edaran (petikan )

Rujukan Guru:

  1. Nexus Bahasa Malaysia SPM, Sasbadi.
  2. Focus Super Hot SPM Bahasa Malaysia, Pelangi.

Penerapan nilai:

Yakin diri, hormat-menghormati, berani mencuba

Kemahiran Bernilai Tambah:

Kemahiran Berfikir: Membuat perbandingan, menilai dan membuat keputusan

Strategi Pengajaran & Pembelajaran: Koperatif dan Kolaboratif

Sistem Bahasa:

Sintaksis (ayat penyata)

Refleksi:

85% pelajar dapat membina ayat dalam perenggan pengenalan dan perenggan penutup dengan baik dan segilintir pelajar masih berada pada tahap yang kurang memuaskan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hari/Tarikh:

Rabu (21/1/2009)

Subjek:

Bahasa Melayu (Rumusan)

Tingkatan/Masa:

4K5 (masa 8&9)

Tajuk:

Rumusan – sambungan minggu sebelumnya (Strategi mengenal pasti isi-isi tersurat)

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

  1. Mengenal pasti tema utama dalam arahan soalan.
  2. Menyenaraikan isi-isi tersurat

Aktiviti:

  1. Guru memulakan sesi p&p dengan perbualan tidak formal dengan para pelajar dan mengaitkan bahan bualan dengan tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.
  2. Guru memberikan nota yang ringkas dan padat untuk pelajar dan meminta pelajar menyalinnya.
  3. Guru menerangkan strategi untuk mengesan enam isi tersurat dalam petikan yang telah diedarkan pada minggu sebelumnya dengan terperinci. Pelajar menumpukan perhatian terhadap penerangan guru.
  4. Guru meminta pelajar berbincang dengan rakan sebelah untuk mencari isi-isi tersurat yang selanjutnya dan menulis jawapan di dalam buku masing-masing.
  5. Guru meminta wakil pelajar menulis jawapan yang telah dibincangkan tadi di papan tulis dan meminta pelajar-pelajar lain memberi respons masing-masing. Guru mengulas jawapan pelajar dan pelajar diminta untuk membuat pembetulan sekiranya ada kesilapan pada jawapan.

Bahan Bantu Mengajar:

  1. Pen marker ii. Papan tulis iii. Kapur iv. Bahan edaran (petikan )

Rujukan Guru:

  1. Nexus Bahasa Malaysia SPM, Sasbadi.
  2. Focus Super Hot SPM Bahasa Malaysia, Pelangi.

Penerapan nilai:

Bertimbang rasa, optimis, berani mencuba

Kemahiran Bernilai Tambah:

Kemahiran Berfikir: Membuat perbandingan, menilai dan membuat keputusan

Strategi Pengajaran & Pembelajaran: Koperatif dan Kolaboratif

Sistem Bahasa:

Sintaksis (ayat penyata)

Refleksi:

65% pelajar dapat mengesan tema utama dalam arahan soalan dan juga menyenaraikan isi-isi tersurat. 35% pelajar masih lagi di tahap yang lemah dan perlu membuat lebih banyak latihan.

 

 

 

 

 

Hari/Tarikh:

Khamis (22/1/2009)

Subjek:

Bahasa Melayu (Rumusan)

Tingkatan/Masa:

4K4 (masa 1&2)

Tajuk:

Rumusan – sambungan minggu sebelumnya (Strategi mengenal pasti isi-isi tersurat)

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

  1. Mengenal pasti tema utama dalam arahan soalan.
  2. Menyenaraikan isi-isi tersurat

Aktiviti:

  1. Guru memulakan sesi p&p dengan perbualan tidak formal dengan para pelajar dan mengaitkan bahan bualan dengan tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.
  2. Guru memberikan nota yang ringkas dan padat untuk pelajar dan meminta pelajar menyalinnya.
  3. Guru menerangkan strategi untuk mengesan enam isi tersurat dalam petikan yang telah diedarkan pada minggu sebelumnya dengan terperinci. Pelajar menumpukan perhatian terhadap penerangan guru.
  4. Guru meminta pelajar berbincang dengan rakan sebelah untuk mencari isi-isi tersurat yang selanjutnya dan menulis jawapan di dalam buku masing-masing.
  5. Guru meminta wakil pelajar menulis jawapan yang telah dibincangkan tadi di papan tulis dan meminta pelajar-pelajar lain memberi respons masing-masing. Guru mengulas jawapan pelajar dan pelajar diminta untuk membuat pembetulan sekiranya ada kesilapan pada jawapan.

Bahan Bantu Mengajar:

  1. Pen marker ii. Papan tulis iii. Kapur iv. Bahan edaran (petikan )

Rujukan Guru:

  1. Nexus Bahasa Malaysia SPM, Sasbadi.
  2. Focus Super Hot SPM Bahasa Malaysia, Pelangi.

Penerapan nilai:

Gigih , optimis, berani mencuba

Kemahiran Bernilai Tambah:

Kemahiran Berfikir: Membuat perbandingan, menilai dan membuat keputusan

Strategi Pengajaran & Pembelajaran: Koperatif dan Kolaboratif

Sistem Bahasa:

Sintaksis (ayat penyata)

Refleksi:

80% pelajar dapat mengesan tema utama dalam arahan soalan dan juga menyenaraikan isi-isi tersurat. 20% pelajar masih lagi di tahap yang lemah dan perlu membuat lebih banyak latihan.

 

 

 

 

 

Hari/Tarikh:

Khamis (22/1/2009)

Subjek:

Pemulihan Bahasa Melayu (Tatabahasa)

Tingkatan/Masa:

5K8 (masa 5&6)

Tajuk:

Mengenal pasti kesalahan golongan kata (kata ganti diri)

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

  1. Mengenal pasti kesalahan penggunaan kata ganti diri dalam ayat

     

Aktiviti:

  1. Guru memulakan p&p dengan perbualan tidak formal dengan pelajar dan mengaitkannya dengan tajuk p&p pada hari ini.
  2. Guru menulis sepuluh ayat di papan tulis dan meminta pelajar menyalinnya. Ayat tersebut terdiri daripada ayat yang mengandungi penggunaan kata ganti diri yang betul dan juga penggunaan kata ganti diri yang salah.
  3. Guru meminta pelajar berbincang dengan rakan-rakan untuk mengenal pasti ayat yang mempunyai kata ganti diri yang betul berdasarkan pengetahuan sedia ada.
  4. Guru meminta beberapa orang pelajar ke hadapan untuk menandakan jawapan yang betul dan memangkah jawapan yang salah pada ruangan yang telah disediakan.
  5. Guru mengulas jawapan pelajar secara perbincangan kelas dan pelajar diminta menyemak jawapan serta membuat pembetulan dalam buku masing-masing.

Bahan Bantu Mengajar:

  1. Papan tulis ii. Kapur

Rujukan Guru:

  1. Nexus Bahasa Malaysia SPM, Sasbadi
  2. Kamus Dewan Edisi Ketiga, DBP
  3. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu,DBP

Penerapan nilai:

Berani, rajin, bekerjasama

Kemahiran Bernilai Tambah:

Strategi Pengajaran & Pembelajaran: Koperatif dan Kolaboratif Kemahiran Berfikir: Membuat perbandingan, menilai dan membuat keputusan

Sistem Bahasa:

Sintaksis (ayat aktif)

Refleksi:

70% pelajar dapat mengenal pasti kesalahan penggunaan kata ganti diri dalam ayat sementara 30% pasif di dalam kelas.

 

 

 

 

 

 

 

Hari/Tarikh:

Khamis (22/1/2009)

Subjek:

Sejarah (Bab 1; Kemunculan Tamadun Awal Manusia)

Tingkatan/Masa:

4K3 (masa 7)

Tajuk:

Proses Pembentukan Tamadun (Tamadun Mesopotamia);

Perbincangan jawapan untuk soalan struktur minggu lepas

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

  1. Menyatakan sebab tamadun awal bermula di lembah sungai
  2. Menyenaraikan ciri tamadun Mesopotamia
  3. Menghuraikan ciri-ciri tamadun Mesopotamia dengan ringkas
  4. Menerangkan sumbangan tamadun Mesopotamia

Aktiviti:

  1. Guru meminta pelajar mengeluarkan buku latihan masing-masing.
  2. Guru memanggil nama pelajar dan meminta pelajar tersebut membaca soalan dan memberikan jawapannya.
  3. Pelajar-pelajar lain dikehandaki memberi respons terhadap jawapan yang telah diberikan oleh rakan mereka. Guru mengulas jawapan pelajar. Pelajar yang gagal memberikan jawapan yang betul akan berdiri sehingga dia berjaya menjawab soalan lain dengan betul.
  4. Langkah tersebut diulangi sehingga 20 soalan struktur habis dibincangkan.

Bahan Bantu Mengajar:

  1. Pen marker ii. Kertas putih iii. Kapur iv. Papan tulis

Rujukan Guru:

  1. Buku Teks Sejarah Tingkatan 4
  2. Ulangkaji Total Sejarah SPM Sasbadi

Penerapan Unsur /Tingkah Laku Patriotisme:

  1. Masyarakat Berorganisasi-Bersatu dalam organisasi
  2. Kepimpinan berwibawa- bersikap kepimpinan cemerlang

Kemahiran Bernilai Tambah:

  1. Kemahiran Berfikir: Membuat perbandingan, menilai dan membuat keputusan
  2. Strategi Pengajaran & Pembelajaran: Koperatif dan Kolaboratif
  3. Kemahiran Cara Belajar: Mengumpul dan mencatat maklumat

Istilah & Konsep:

Animisme, Politeisme, Negara kota, Teokrasi, Mutlak, Kod Undang-undang Hammurabi

Refleksi:

85% pelajar dapat memberikan jawapan yang betul manakala sebahagiannya masih lemah dan ada juga yang tidak menyiapkan latihan yang telah diberikan oleh guru.

 

 

 

 

 

Hari/Tarikh:

Khamis (22/1/2009)

Subjek:

Bahasa Melayu (Rumusan)

Tingkatan/Masa:

4K5 (masa 9)

Tajuk:

Rumusan – sambungan minggu sebelumnya (Strategi mengenal pasti isi-isi tersirat)

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

  1. Mengenal pasti fokus kedua dalam arahan soalan
  2. Menyatakan isi-isi tersirat

Aktiviti:

  1. Guru meminta pelajar mengimbas kembali tajuk p&p pada hari sebelumnya sebelum meneruskan tajuk p&p yang seterusnya.
  2. Guru memberikan nota yang ringkas dan padat untuk pelajar dan meminta pelajar menyalinnya.
  3. Guru menerangkan strategi untuk memikirkan dua isi tersirat yang tidak ada di dalam petikan. Pelajar menumpukan perhatian terhadap penerangan guru.
  4. Guru meminta pelajar berbincang dengan rakan sebelah untuk mencari isi-isi tersirat yang lain dan menulis jawapan di dalam buku masing-masing.
  5. Guru meminta wakil pelajar menyebut isi tersirat yang telah dibincangkan bersama dengan rakan tadi dan meminta pelajar-pelajar lain memberi respons masing-masing. Guru mengulas jawapan pelajar dan pelajar diminta untuk membuat pembetulan sekiranya ada kesilapan pada jawapan.

Bahan Bantu Mengajar:

  1. Pen marker ii. Papan tulis iii. Kapur iv. Bahan edaran (petikan )

Rujukan Guru:

  1. Nexus Bahasa Malaysia SPM, Sasbadi.
  2. Focus Super Hot SPM Bahasa Malaysia, Pelangi.

Penerapan nilai:

Bekerjasama, optimis, berani mencuba

Kemahiran Bernilai Tambah:

Kemahiran Berfikir: Membuat perbandingan, menilai dan membuat keputusan

Strategi Pengajaran & Pembelajaran: Koperatif dan Kolaboratif

Sistem Bahasa:

Sintaksis (ayat penyata)

Refleksi:

70% pelajar dapat mengenal pasti fokus kedua dalam arahan soalan dan juga menyatakan dua isi tersirat dengan bimbingan guru. 30% pelajar masih lemah dan perlu membuat ulangkaji di rumah.

 

 

 

 

 

 

 

Hari/Tarikh:

Jumaat (23/1/2009)

Subjek:

Bahasa Melayu (Rumusan)

Tingkatan/Masa:

4K4 (masa 5&6)

Tajuk:

Rumusan – sambungan minggu sebelumnya (Strategi mengenal pasti isi-isi tersirat)

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

  1. Mengenal pasti fokus kedua dalam arahan soalan
  2. Menyatakan isi-isi tersirat

Aktiviti:

  1. Guru meminta pelajar mengimbas kembali tajuk p&p pada hari sebelumnya sebelum meneruskan tajuk p&p yang seterusnya.
  2. Guru memberikan nota yang ringkas dan padat untuk pelajar dan meminta pelajar menyalinnya.
  3. Guru menerangkan strategi untuk memikirkan dua isi tersirat yang tidak ada di dalam petikan. Pelajar menumpukan perhatian terhadap penerangan guru.
  4. Guru meminta pelajar berbincang dengan rakan sebelah untuk mencari isi-isi tersirat yang lain dan menulis jawapan di dalam buku masing-masing.
  5. Guru meminta wakil pelajar menyebut isi tersirat yang telah dibincangkan bersama dengan rakan tadi dan meminta pelajar-pelajar lain memberi respons masing-masing. Guru mengulas jawapan pelajar dan pelajar diminta untuk membuat pembetulan sekiranya ada kesilapan pada jawapan.

Bahan Bantu Mengajar:

  1. Pen marker ii. Papan tulis iii. Kapur iv. Bahan edaran (petikan )

Rujukan Guru:

  1. Nexus Bahasa Malaysia SPM, Sasbadi.
  2. Focus Super Hot SPM Bahasa Malaysia, Pelangi.

Penerapan nilai:

Bekerjasama, optimis, berani mencuba

Kemahiran Bernilai Tambah:

Kemahiran Berfikir: Membuat perbandingan, menilai dan membuat keputusan

Strategi Pengajaran & Pembelajaran: Koperatif dan Kolaboratif

Sistem Bahasa:

Sintaksis (ayat penyata)

Refleksi:

80% pelajar dapat mengenal pasti fokus kedua dalam arahan soalan dan juga menyatakan dua isi tersirat dengan bimbingan guru. 20% pelajar masih lemah dan perlu membuat ulangkaji di rumah.

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: